![12-14(2) Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Festival Kesenian Islam Sempena Tahun Melawat Melaka 2024](http://www.tytmelaka.gov.my/wp-content/uploads/2024/12/12-142-420x280_c.jpg)
14 Disember 2024
12 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Festival Kesenian Islam Sempena Tahun Melawat Melaka 2024 yang diadakan di Perkarangan Memorial Pengistiharan Kemerdekaan, Banda Hilir, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut oleh YB. Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Negeri mewakili YAB Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YBhg. Datuk Badaruddin bin Mohd Kassim, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan YBrs. Drs. Mohd Nasruddin bin Rahman, Pengurus Besar Institut Warisan Melaka (INSWA).
Seramai 405 peserta daripada seluruh negera antaranya Selangor, Pahang, Kedah, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Johor telah menyertai festival ini yang mempertandingkan warisan kesenian Islam seperti nazam, berzanji, marhaban dan nasyid yang merupakan warisan tradisi masa lalu yang masih subur diamalkan masyarakat sehingga ke hari ini.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Institut Warisan Melaka (INSWA) yang menganjurkan program ini dengan kerjasama Melaka World Heritage Sdn Bhd, Jabatan Agama Islam Melaka, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Perbadanan Muzium Melaka, Unit Kerajaan Tempatan, Jabatan Ketua Menteri dan Perbadanan Melaka.
Festival Kesenian Islam sempena Tahun Melawat Melaka 2024 telah dianjurkan dalam usaha untuk menerapkan kesedaran serta melestari kesenian Islam dalam kalangan masyarakat tempatan dan luar negara.
Bagi memeriahkan lagi program ini, turut diadakan Persembahan Kesenian Islam untuk menarik minat pengunjung tempatan dan luar negara untuk berkunjung ke negeri Melaka sempena Tahun Melawat Melaka 2024.
Diharap festival ini dapat mengukuh, memelihara serta memperkasakan warisan kesenian Islam supaya ianya tidak pupus di minda generasi muda dan seterusnya dapat berkembang dan dihormati di seluruh dunia.
![Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Festival Kesenian Islam Sempena Tahun Melawat Melaka 2024 2](https://scontent.fkul19-2.fna.fbcdn.net/v/t39.30808-6/470186170_1029227142550945_1743862940292163403_n.jpg?_nc_cat=100&ccb=1-7&_nc_sid=833d8c&_nc_ohc=pJmve_BteGEQ7kNvgHA40ir&_nc_zt=23&_nc_ht=scontent.fkul19-2.fna&_nc_gid=ASXhcfpqzAHXPJm1-PaVkxH&oh=00_AYCU6gYwW5i07L9fDtOabj6pux_-tPjDKqKFp1mYsoYs6A&oe=677831CF)