21 Disember 2024
19 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Rahman hadir menyaksikan Pementasan Teater Purbawara Muzikal Manifestasi Karya Agung Sulalatus – Salatin, Keagungan Kemaharajaan Maritim di Panggung Seri, Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Melaka.
Teater berbentuk purbawara muzikal yang dipentaskan ini, berkisar kemaharajaan maritim di Selat Melaka, yang bermula dari Raja Iskandar Zulkarnain hingga jatuhnya Kesultanan Melayu Melaka pada 1511.
Ucapan tahniah kepada JKKN dan barisan produksi Sulalat’us- Salatin kerana berjaya mengeluarkan satu karya pensejarahan yang lengkap untuk membolehkan kita menghayati sejarah Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah kejatuhan empayar ini.