TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Silaturahmi Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) bersama Pengurus Dewan Masjid Indonesia yang telah diadakan di Pejabat Dewan Masjid Indonesia, Jakarta, Indonesia.
Dalam majlis ini, TYT Tun Seri Setia yang juga merupakan Presiden DMDI telah diberi taklimat dan diperkenalkan anggota jawatankuasa Dewan Masjid Indonesia oleh YTH. Bapak H. Syafruddin, Ketua Umum Dewan Masjid Indonesia.
TYT Tun Seri Setia juga telah berkesempatan diwawancara oleh Tawaf TV Dewan Masjid Indonesia dan menyaksikan penyerahan Ambulans DMDI kepada DMDI DKI Jakarta.