TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Makan Malam Bersama Anggota Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT) Sempena Kongres PERSILAT dan ‘’The 19th World Pencak Silat Championship 2022’’ di Ames Hotel, Ayer Keroh, Melaka.
Turut hadir YBhg. Bapak Prabowo Subianto; Menteri Pertahanan Republik Indonesia merangkap Presiden PERSILAT, YB. Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; EXCO Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Melaka dan YBhg. Datuk Wira Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin; Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA).