TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Malam Penghargaan 2022 Anjuran Syarikat Perniagaan Orang Kampung (OK) Group yang diadakan di Raja Chulan Grand Ballroom Ames Hotel, Ayer Keroh, Melaka.
Majlis ini diadakan bagi meraikan hampir 300 kakitangan Syarikat Orang Kampung termasuk rakan niaga syarikat dari Brunei, Indonesia dan Singapura. TYT Tun Seri Setia turut menyempurnakan penyampaian Anugerah Emas kepada pekerja-pekerja yang telah berkhidmat selama lebih 20 tahun bersama syarikat Orang Kampung.