
19 Ogos 2023
2 Safar 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Penasihat Seumur Hidup PESAKA hadir ke Majlis Jamuan Makan Malam Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) Malaysia bersempena Persidangan Tahunan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia Ke-20 Tahun 2022 di Grand Swiss-BelHotel, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YBhg. Datuk Wira Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin, Presiden PESAKA Malaysia serta ahli-ahli PESAKA.