TYT TUN SERI SETIA SEMPURNAKAN MAJLIS PENUTUP KONVENSYEN DMDI KALI KE-22
29 Oktober 2024
26 Rabiulakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) hadir menyempurnakan Majlis Penutup Konvensyen DMDI Kali Ke-22 yang diadakan di Jamiyah Islamic Centre, Singapura.
Hadir sama YBhg Prof. Adj. Datuk Dr. Hj. Mohd Hasbi bin Abu Bakar, Pengerusi DMDI Singapura merangkap Naib Presiden DMDI.
Turut berlangsung pembentangan resolusi konvesyen daripada negara-negara anggota DMDI termasuk juga Biro Belia DMDI.
TYT Tun Seri Setia dalam ucapan penutupnya berharap semoga resolusi-resolusi yang telah dibentangkan oleh semua negara anggota DMDI dan juga Biro Belia DMDI akan dapat dilaksanakan dan tercapai dan bukannya sebagai panduan semata-mata. Ianya perlu dijadikan iltizam untuk terus melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan dalam memperkukuhkan ukhuwah dan kerjasama antara Dunia Melayu dan Dunia Islam.
Dalam majlis yang sama TYT Tun Seri Setia turut menyempurnakan pelancaran Pusat Pembelajaran UTeM @ Jamiyah Singapore, Singapura.