23 November 2024
21 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menziarahi YBhg. Datuk Wira Haji Othman bin Muhamad, mantan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka di Red Zone, Jabatan Kecemasan dan Trauma serta sahabat lama, Ustaz Abdul Khalil bin Abdullah, yang juga mantan Pegawai Seranta Melaka yang kini sedang mendapatkan rawatan di wad D4 (Ortopedik) Hospital Melaka.
YBrs. Dr. Shahrum bin Hj. Arshad, Pengarah Hospital Melaka dan YBrs. Dr. Sharifah binti Omar, Timbalan Pengarah (Perubatan) telah mengiringi TYT Tun Seri Setia semasa di Hospital Melaka.