
30 Januari 2025
30 Rejab 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman bersama keluarga meraikan Tahun Baru Cina hari kedua dengan hadir ke Rumah Terbuka YB. Datuk Ngwe Hee Sem, Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan di Selandar, Melaka.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan serta keluarga turut berkunjung meraikan Tahun Baru Cina ke Rumah Terbuka Mr. Chan Keng Kiong di Machap Baru serta Majlis Rumah Terbuka Mr. Toh Soon Heng di Jasin, Melaka.


