
14 April 2025
15 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bersama PPjB Mohd Zaidi bin Haji Ma’at, Pengarah Bomba Negeri Melaka yang baharu.
Turut hadir YAS Tuan Othman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta PgKB II R Saiful Iswandy bin R Hassan, Timbalan Pengarah Bomba Negeri Melaka.


