
16 Julai 2025
20 Muharram 1447H
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menerima Kunjungan Hormat YBhg. Puan Sri Akmal Abdul Salam, Penaung Breast Cancer Welfare Association Malaysia (BCWA).
Turut hadir Cik Lim Kim Foong, Presiden BCWA; Puan Joanna Low, Pengurus Besar BCWA; Datin Zainab Binti Abdullah, Pengurus Outreach Komuniti; Puan Chang Chu San, Kapten Pink Power; serta YBhg. Dato’ Norsabrina Bt Mohd Noor, Setiausaha Agung, World Youth Foundation (WYF).
Kunjungan hormat ini turut disertai oleh tiga (3) orang Survivor Kanser Payudara iaitu Puan Amnah Binti Mohammad Salleh, Puan Khainifa Binti Khalil dan Puan Mazwin Binti Mohd Radli.



