ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya
Friday, 07 June 2024 / Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti

Angkat Sumpah Jawatan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka

Angkat Sumpah Jawatan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka
4 Jun 2024
26 Zulkaedah 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Angkat Sumpah Jawatan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka yang diadakan di Balai Istiadat, Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.
Majlis Istiadat turut dihadiri YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman serta diiringi YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka dan isteri; Barisan Exco-Exco Negeri Melaka serta kepimpinan tertinggi Negeri Melaka.
Dalam ucaptama TYT Tun Seri Setia turut menjunjung kasih dan penghargaan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kerana telah berkenan untuk melantik TYT Tun Seri Setia sebagai Yang Di-pertua Negeri Melaka ke-7 bagi penggal kedua mulai 4 Jun 2024 selama 4 tahun.
TYT Tun Seri Setia juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada YAB Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia di atas sokongan beliau untuk diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka Ke-7 bagi penggal kedua dan juga kepada YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka.
Selain itu, TYT Tun Seri Setia turut menyatakan kemakmuran dan keselamatan yang sedang kita nikmati hari ini tidak akan berlaku tanpa koordinasi dan persefahaman daripada semua pihak. Negeri Melaka akan terus maju atas sumbangan dan penglibatan daripada setiap lapisan masyarakat kepada pentadbiran kerajaan negeri dan entiti-entiti yang bertangungjawab dalam masyarakat keseluruhannya.
Justeru, bagi memastikan momentum agenda pembangunan dan kecemerlangan ini berkekalan, TYT Tun Seri Setia mengajak seluruh pemimpin dan rakyat untuk terus berganding bahu dan bersatu padu, mempertingkatkan semangat muafakat serta menyemarakkan semangat kerjasama di kalangan kita kerana itu adalah sebenarnya kunci kepada kejayaan dan kemakmuran yang kita kecapi selama ini serta berharap agar Negeri Melaka kekal menjadi sebuah negeri yang aman dan rakyatnya dapat hidup dalam suasana yang harmoni dan sentiasa menjunjung perlembagaan dan rukun negara.

Angkat Sumpah Jawatan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka 2

Angkat Sumpah Jawatan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka 3

  • Tweet

What you can read next

Istiadat Kawalan Kehormatan Utama dan Perasmian Pembukaan Persidangan Pertama, Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri Melaka ke-15 2025 1
Istiadat Kawalan Kehormatan Utama dan Perasmian Pembukaan Persidangan Pertama, Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri Melaka ke-15 2025
Majlis Hari Raya
Majlis Hari Raya Keluarga Hajah Mariah di Villa Mak & Ayah, Tengkera Melaka.
Majlis Makan Malam Ukiran Budi Sulaman Kasih sempena Merintis 100 Tahun Sekolah Kebangsaan Dato' Demang Hussin
Majlis Makan Malam Ukiran Budi Sulaman Kasih sempena Merintis 100 Tahun Sekolah Kebangsaan Dato’ Demang Hussin

Recent Posts

  • Kunjungan Hormat YBhg Datuk Ginie Lim

    Kunjungan Hormat YBhg Datuk Ginie Lim

    11 Jun 2025 14 Zulhijjah 1446H TYT Tun Seri Set...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP