
DAULAT TUANKU
SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU
14 Jun 2024
7 Zulhijjah 1445H
Merafak sembah takzim setinggi-tinggi penghargaan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di atas limpah perkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Pemasyhuran Masjid Sultan Ibrahim, Ayer Hitam Pantai, Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka.
Keberangkatan tiba KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Masjid Sultan Ibrahim telah disambut oleh TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka bersama barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Melaka.
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga turut berkenan mengurniakan bakul makanan daripada Yayasan Sultan Ibrahim Johor kepada asnaf Negeri Melaka. Kemudian baginda turut berkenan menunaikan Solat Jumaat.