أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِه وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ
“Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihanilah dia dan afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya”
4 Januari 2025
4 Rejab 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Khalid bin Sikon yang telah kembali ke Rahmatullah di tanah perkuburan Bukit Durian, Melaka.
TYT Tun Seri Setia kemudiaanya menziarahi keluarga arwah di kediamannya bagi menyampaikan sumbangan dan salam takziah di atas kehilangan orang yang disayangi.
Semoga roh arwah dicucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan bersama-sama ahli syurga dan para solihin, Aamiin. Al-Fatihah.