DAULAT TUANKU
DIRGAHAYU TUANKU
8 Januari 2025
8 Rejab 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menerima Kunjungan Hormat daripada YAM Dato’ Seri Diraja Syed Amir Abidin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Yang Amat Mulia Tengku Syarif Temenggong Perlis bagi mempersembahkan Warkah Persilaan sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis.
Turut hadir YBM Dato’ Paduka Tengku Shaharin Abu Bakar lbni Almarhum Tengku Suleiman; YB. Datuk Zahari bin Abd Khalil, Timbalan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Negeri Melaka; YB. Tuan Haji Saad Bin Seman, Ahli Dewan Undangan Negeri Chuping Perlis; Encik Shaiful Amri Bin Ahmad Safian, Setiausaha Sulit Kanan Kepada DYMM Tuanku Raja Perlis dan Encik Ahmad Tarmizi Bin Mohd Asarani, Setiausaha Bahagian Pengurusan Majlis, Protokol Dan Istiadat Negeri Perlis.