11 Januari 2025
11 Rejab 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. TohPuan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan lawatan ke Jinning District Museum di Kunming, China.
Jinning District Museum merupakan salah satu Muzium Negeri dengan kemudahan moden di China. Muzium ini menempatkan lebih 300,000 barangan, termasuk mural, lukisan, tembikar, syiling, serta objek gangsa, emas dan perak.
Muzium moden ini telah dibina antara 1983 dan 2001 dan bangunan besar meniru gaya seni bina Dinasti Tang dengan dewan pusat dua tingkat dan empat dewan ibadat di sekelilingnya.
Lawatan TYT Tun Seri Setia ini adalah untuk melihat sejarah Pelabuhan Melaka dan Perigi Puteri Hang Li Po yang dipamerkan di muzium tersebut