
11 Mac 2025
10 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama Ketua-Ketua Jabatan Negeri/Persekutuan, Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan, Anak Syarikat Dan Institusi Pengajian Tinggi di Istana Melaka.
Turut hadir YA Datuk Anselm Charles Fernandis, Hakim Mahkamah Tinggi (1) Melaka; YA Datuk Mohd Radzi bin Abdul Hamid, Hakim Mahkamah Tinggi (2) Melaka; YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB. Datuk Wira Salhah binti Salleh; Pegawai Kewangan Negeri Melaka; YB. Tuan Khairul Azreem bin Mamat, Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka; YBhg. Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Haji Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan YAA Tuan Haji Azzeman bin Haji Omar, Ketua Hakim Syarie, Mahkamah Syariah Negeri Melaka.


