
8 Mac 2025
7 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Yayasan DMDI & Ahli Lembaga Pengarah Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah yang diadakan di Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah, Kampung Tersusun DMDI, Bukit Senggeh, Jasin.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah serta pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) antaranya Alumni 4B, Gerakan Belia 4B, Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) dan World Youth Foundation (WYF).
Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah, Kampung Tersusun DMDI, Bukit Senggeh ini merupakan satu institusi yang baru beroperasi dan merupakan cawangan kedua Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah Malaysia (MTS Malaysia) di Melaka selepas di Masjid Tanah.
Rangkaian maahad tahfiz ini berpusat di Turki dengan lebih 10,000 cawangan di seluruh dunia dan 22 cawangan di Malaysia.


