
13 Mac 2025
12 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara Malaysia.
YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara Malaysia turut mengemukakan Prestasi Kewangan Negeri Melaka dan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam Melaka bagi Tahun 2023.
Turut hadir sama YBhg. Datuk Hajah Patimah binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); YBrs. Encik Mohd Fisul bin Ismail, Pengarah Audit Kewangan III; YBrs. Encik Saiful Anuar bin Zakaria, Pengarah Bahagian Penyelarasan Laporan; YBrs. Encik Khairul Azrin bin Mod Rifat, Pengarah Audit Negeri Melaka; YBrs. Puan Siti Fatimah binti Mansor, Timbalan Pengarah Audit Negeri Melaka.


