
Innalillahiwainnailaihiroji’un
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.
14 Mac 2025
13 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor UTEM, memberikan penghormatan terakhir kepada pegawai Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) iaitu Allahyarham Encik Al-Qais Bin Alias, Pegawai Teknologi Maklumat Kanan, Pejabat Ketua Pegawai Maklumat (CDO) di Kampung Tun Razak, Bukit Katil, Melaka, yang telah kembali ke Rahmatullah akibat terlibat dengan kemalangan pada hari semalam, 13 Mac 2025.
TYT Tun Seri Setia turut menzahirkan ucapan takziah dan berdoa semoga keluarga Allahyarham tabah menghadapi dugaan ini.

