
25 Mac 2025
24 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir di Majlis Iftar Ramadan bersama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Melaka sempena Sambutan Hari Polis Ke-218 Tahun 2025 yang diadakan di Ibu Pejabat Kontinjen Melaka, Bukit Beruang.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dan YDH. DCP Dato’ Dzulkhairi bin Mukhtar, Ketua Polis Melaka.
Turut hadir YB. Datuk Haji Hameed bin Mytheen Kunju Basheer, Exco Kerjaraya, Infrasuktur, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Negeri Melaka; YB. Datuk Ngwe Hee Sem, Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan serta YDH SAC Ahmad Jefferi bin Abdullah, Timbalan Ketua Polis Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan penyampaian sumbangan ramadhan kepada anak istimewa PDRM.
Majlis diteruskan dengan berbuka puasa, solat Maghrib dan Isyak. Usai solat TYT Tun Seri Setia menyampaikan sumbangan kepada masjid dan sumbangan Ramadan kemudiannya moreh bersama warga PDRM Melaka.


