
15 April 2025
16 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Istiadat Pengebumian Negara bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi yang berlangsung di Masjid Negara, Kuala Lumpur.
TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan turut berkesempatan menyampaikan ucapan takziah kepada YABhg. Tun Jeanne Abdullah serta ahli keluarga Allahyarham.
Turut hadir memberikan penghormatan terakhir hari ini TYT Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang; TYT Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa bin Haji Aman, Yang di-Pertua Negeri Sabah; YAB Datuk Seri Anwar bin lbrahim, Perdana Menteri Malaysia, mantan Perdana Menteri termasuk menteri-menteri kabinet dan agensi-agensi kerajaan serta ribuan rakyat Malaysia.


