
16 April 2025
17 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menziarahi YBhg. Datuk Wira Abdul Majid bin Mohd Ali, Mantan Ketua Polis Melaka yang sedang menerima rawatan di Hospital Al-Sultan Abdullah, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Alam.
TYT Tun Seri Setia turut berkesempatan menziarahi pesakit-pesakit lain diiringi oleh YBhg. Prof. Datuk Dr Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin, Naib Canselor UiTM dan mendoakan agar segera peroleh kesembuhan serta dipermudahkan semua urusan.


