
23 April 2025
24 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Majlis Sambutan Mahabbah Aidilfitri 1446H/2025 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang diadakan di Perkarangan Masjid Sayyidina Abu Bakar UTeM, Durian Tunggal, Melaka.
Hadir sama YB. Datuk Wira Abdul Razak bin Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan Seni dan Budaya Negeri Melaka; YB. Datuk Hajah Kalsom Nordin, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Massila binti Kamalrudin, Naib Canselor UTeM.


