
24 April 2025
25 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bersama Agensi Agama Islam Negeri Melaka Tahun 2025 yang diadakan di Dataran Pusat Islam Melaka.
Pada sebelah malam TYT Tun Seri Setia menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Tuan Kerk Chee Yee, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri merangkap ADUN Ayer Keroh di Taman Madani, Taman Mas Merah, Melaka.


