
29 April 2025
1 Zulkaedah 1446H
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah Bint Ab Rahman menerima Kunjungan Hormat daripada YBhg. Puan Seri Maheran Binti Jamil, Yang DiPertua Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Kebangsaan bersama delegasi PUSPANITA Kebangsaan di Istana Melaka, Bukit Beruang.
Turut hadir YABhg. Datin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah Binti Aziz, isteri kepada YAB Ketua Menteri Melaka merangkap Pengerusi BISTARI Melaka serta YBhg. Datin Haslinda Binti Mokhtar, Timbalan Pengerusi 1 PUSPANITA Negeri Melaka.


