
22 Mei 2025
24 Zulkaedah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menzahirkan rasa dukacita di atas pemergian Allahyarham Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah bin Abdullah, yang merupakan mantan Yang-di Pertua Negeri Sabah ke-9. TYT Tun Seri Setia mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah dan mendoakan semoga roh Allahyarhamah telah kembali ke Rahmatullah dirahmati Allah SWT serta ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.