
24 Mei 2025
26 Zulkaedah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan perasmian 1st Malaysian Radiation Therapist Seminar yang berlangsung daripada 24 Mei hingga 25 Mei 2025 di Hotel Hatten, Melaka.
Turut hadir YB Dato’ Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kementerian Kesihatan Malaysia; YB Puan Siti Faizah Binti Datuk Abd. Azlo, Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan; YBhg. Dato’ Indera Dr. Nor Azimi Binti Yunus; Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan Malaysia; YBrs Dr. Ruzita Binti Mustaffa, Pengarah Kesihatan Negeri Melaka; YBrs Tuan Ts. Sawal Bin Marsait; President Malaysian Society Of Radiographers (MSR) dan YBrs Prof. Madya Dr. Noorazrul Azmie Bin Yanya, Pengerusi Program Malaysian Radiation Therapist Seminar (MRTS) 2025.
TYT Tun Seri Setia berharap semoga seminar selama dua hari ini yang dihadiri oleh pengamal perubatan daripada Malaysia, Singapura dan Indonesia ini dapat memberi impak yang besar dalam dunia perubatan agar dapat membantu merawat serta mencegah penyakit-penyakit yang dihidapi oleh pesakit.


