
4 Jun 2025
7 Zulhijjah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir bagi menyempurnakan perasmian Majlis Konvokesyen Khatam Hafazan Al-Quran dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar Kolej Al-Quran Sayyidina Ali kali ke-12, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
Dalam majlis ini beberapa anugerah telah disampaikan kepada pelajar-pelajar cemerlang antaranya ialah Anugerah Khatam Hafazan, Anugerah Muaz bin Jabal, Anugerah Abdullah bin Mas’ud, Anugerah Anas bin Malik, Anugerah Dekan, Anugerah Tahriri, Anugerah al-Syatibi dan Anugerah al-Qaradawi.
Setinggi-tinggi tahniah kepada Muhammad Muiz Hakimi bin Mohd Khairi yang mendapat Anugerah Sayyidina Ali (Tokoh Huffaz) iaitu anugerah untuk pelajar yang cemerlang daripada sudut akademik, hafazan Al-Quran, penglibatan kokurikulum dan sahsiah sepanjang 3 tahun pengajian.
Tahniah dan syabas kepada semua graduan-graduan yang telah berjaya dan semua warga kerja KAQSA bagi menjayakan majlis ini.


