
12 Jun 2025
15 Zulhijjah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YBhg. Lt. Jen. Dato’ (Dr.) Zulkeffeli bin Mat Jusoh, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia.
Turut hadir YBhg. Brig. Jen. Dato’ (Dr.) Amran bin Amir Hamzah, Pegawai Memerintah 94 Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak; Brig. Jen. (Dr.) Zuifikar bin Abdul Rahim, Ketua Jabatan Hyperbarik Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan merangkap Ketua Timbalan Projek Pembinaan Baharu 94 Hospital Angkatan Tentera serta Mej. (Dr.) Mohd Zakwan Afandi bin Ahmad Fauzi, Pembantu Ketenteraan.
Semasa kunjungan hormat ini TYT Tun Seri Setia telah diberikan taklimat berkenaan pembinaan baharu 94 Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak, Melaka.


