
16 Jun 2025
19 Zulhijjah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan daripada YB. Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Nai’m Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bagi menyempurnakan penyampaian Zakat Tabung Haji bagi tahun 2024.
Turut berlangsung penyampaian Peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Imam, Bilal, Siak, Guru Takmir dan Guru Kafa di Negeri Melaka Tahun 2025 serta bantuan bagi Pembinaan Maahad Tahfiz Bestari Pulau Besar Melaka dan bantuan pembinaan Masjid Pulau Besar Melaka.
Hadir sama YB. Datuk Rahmad bin Mariman, EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka; YBhg. Datuk Mohamad Azmi bin Haji Sabtu, Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka; YBhg. Dato’ Dr. Haji Sirajuddin bin Suhaimee, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM); Tuan Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP); Tuan Haji Mustakim bin Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji; Tuan Haji Rozimin bin Ahamed Kamil, Pengarah Tabung Haji Wilayah Selatan dan Haji Muhamad Hishamudin Muhamad Sohaimi, Pengarah Tabung Haji Negeri Melaka.


