
24 Julai 2025
28 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Perpisahan Yang Arif Datuk Mohd Radzi bin Abdul Hamid, Hakim Mahkamah Tinggi 2 Melaka yang akan bertukar ke Putrajaya sebagai Hakim Mahkamah Rayuan.
TYT Tun Seri Setia menzahirkan ucapan tahniah kepada Yang Arif serta menzahirkan ucapan terima kasih di atas segala jasa beliau sepanjang berkhidmat di Negeri Melaka.


