Majlis Perkahwinan Anak Perempuan YBhg. Datuk Mohd Asyaharim
Sunday, 11 May 2025
10 Mei 2025
12 Zulkaedah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Perkahwinan Anak Perempuan YBhg. Datuk Mohd Asyaharim bin Datuk Abdul Latiff iaitu Cik Nur Iman binti Datuk Mohd Asyaharim & Pasangannya Encik Muhammad Arif bin Dato’ Saiful Nizam yang juga merupakan cucu kepada YAB Dato’ Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri 1 Malaysia di Mudzaffar Hotel, Melaka.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Yang Teramat Mulia Tunku Syed Razman Ibni Al Marhum Tunku Syed Idrus Al Qadri, Tunku Besar Tampin; dan YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Menziarahi YBhg. Datuk Johari Mohamad di Hospital Melaka
Saturday, 10 May 2025
10 Mei 2025
12 Zulkaedah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menziarahi kenalan lama YBhg. Datuk Johari Mohamad yang sedang dirawat di Hospital Melaka.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia berkesempatan menziarahi semua pesakit di Wad A1 Hospital Melaka serta menyampaikan sumbangan peribadi.
TYT Tun Seri Setia turut mendoakan agar semua pesakit yang sedang dirawat segera sembuh dan dipermudahkan segala urusan.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat daripada YBhg. Datin Diana Aini Binti Mokter
Friday, 09 May 2025
9 Mei 2025
11 Zulkaedah 1446H
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menerima Kunjungan Hormat daripada YBhg. Datin Diana Aini Binti Mokter, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Melaka di Istana Melaka.
Turut hadir Puan Fahizah Binti Ismail, Timbalan Pengerusi PERKEP Melaka, Puan Farah Nadiya Binti Jalaludin, Pengerusi PERKEP IPD Alor Gajah, Puan Dr Noor Azian Binti Md Yusuf, Pengerusi PERKEP IPD Jasin dan Ahli – Ahli Jawatankuasa PERKEP Negeri Melaka.



- Published in Arkib Berita, Berita
Hadir Mendoakan Perjalanan Encik Mohd Ali bin Ahmad dan Puan Zalina binti Abu Zahar
Friday, 09 May 2025
9 Mei 2025
11 Zulkaedah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir mendoakan perjalanan Encik Mohd Ali bin Ahmad dan Puan Zalina binti Abu Zahar iaitu besan kepada TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan yang akan menunaikan Ibadah Haji.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid Al Barakah, Kampung Kesang Luar, Jasin
Friday, 09 May 2025
9 Mei 2025
11 Zulkaedah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al Barakah, Kampung Kesang Luar, Jasin, Melaka.
Setelah selesai TYT Tun Seri Setia berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada pegawai syarak masjid dan warga emas.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Menunaikan Solat Jenazah bagi Allahyarhamah Kaasom@Kulisam binti K Gudiman Sahib
Tuesday, 06 May 2025
Innalillahiwainnailaihiroji’un
6 Mei 2025
8 Zulkaedah 1446H
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jenazah bagi penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Kaasom@Kulisam binti K Gudiman Sahib, ibu kepada YDH. CP Dato’ Sri Azmi bin Abu Kasim, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di Masjid An-Nur Peringgit, Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut menzahirkan ucapan takziah dan berdoa semoga keluarga tabah menghadapi dugaan ini.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Pelancaran Buku Jejak Haramain Ke Istanbul Februari 1910 – November 1910
Monday, 05 May 2025
5 Mei 2025
7 Zulkaedah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Majlis Pelancaran Buku Jejak Haramain Ke Istanbul Februari 1910 – November 1910 oleh Habib Sheikh bin Muhammad bin Hussein Al-Habshee dan Essentials of Islam dalam Bahasa Rusia oleh Habib Ahmad bin Zain Al-Habshee Tahun 1720 yang diadakan di Dewan ISTAC, International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC-IIUM), Kuala Lumpur.
Hadir sama Yang Teramat Mulia Tunku Syed Razman Ibni Al Marhum Tunku Syed Idrus Al Qadri, Tunku Besar Tampin; YBhg. Tan Sri Samsudin Osman, Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia; YAM Tengku Puteri Seri Lela Manja Tengku Dato’ Hajjah Nong Fatimah Binti Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Kerabat Diraja Pahang; YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar Rektor UIAM dan YBhg. Dato’ Sri (Dr.) Syed Hussein bin Abd Kadir A-Habshee, Cucunda kepada Pengarang.
Karya istimewa ini yang penuh dengan nilai sejarah, ilmu dan hikmah. Buku ini merupakan catatan kembara yang tidak hanya merakamkan perjalanan seorang ulama besar dari Haramain ke Istanbul, tetapi juga menggambarkan keindahan intelektual dan rohani yang terjalin sepanjang perjalanan tersebut.
Para ulama ini mencatatkan perjalanan kembara mereka agar menjadi rujukan umat Islam di kemudian hari. Antara catatan kembara ulama sezaman dengan Habib Shaikh Al-Habshee ialah kembara dua ulama besar Muslimin, seorang dari arah timur dunia Islam, Shaykh Jamāl al-Dīn al-Qāsimi dan seorang lagi dari arah barat dunia Islam, Syed Muhammad bin Ja’ far al-Kattānī. Menariknya, kedua-duanya mengembara pada tahun yang sama, iaitu 1321H/1903.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YBhg. Datuk Wira Nur Azmi bin Ahmad
Sunday, 04 May 2025
4 Mei 2025
6 Zulkaedah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YBhg. Datuk Wira Nur Azmi bin Ahmad, Setiausaha Khas kepada TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid Tun Syed Ahmad Al Haj, Kampung Bukit Beruang
Friday, 02 May 2025
2 Mei 2025
4 Zulkaedah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Tun Syed Ahmad Al Haj, Jalan Istana, Kampung Bukit Beruang, Melaka.
Sebelum ke masjid TYT Tun Seri Setia berkesempatan menziarahi YBhg. Datuk Wira Haji Othman bin Muhamad, mantan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka yang sedang menerima rawatan di Hospital Melaka.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hang Tuah Jaya 2025
Thursday, 01 May 2025
30 April 2025
2 Zulkaedah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hang Tuah Jaya 2025 yang diadakan di Bukit Baru Melaka.
Turut hadir YB. Tuan Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan serta YB. Adam Adli Abdul Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti