Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Jabatan Kerja Raya Melaka (JKR)
Tuesday, 22 April 2025
22 April 2025
23 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Jabatan Kerja Raya Melaka (JKR) di Jalan Taming Sari, Melaka.
Hadir sama YB. Datuk Haji Hameed bin Mytheen Kunju Basheer, Exco Kerjaraya, Infrasuktur, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Negeri Melaka; YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB. Tuan Khairul Azreem bin Mamat, Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka serta YBrs. Tuan Ir. Mohamad Salzeli Bin Moktar, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka
Tuesday, 22 April 2025
22 April 2025
23 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir menyerikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2025 Anjuran Pejabat Ketua Menteri Melaka
Sunday, 20 April 2025
20 April 2025
21 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2025 anjuran Pejabat Ketua Menteri Melaka di Seri Negeri, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka. TYT Tun Seri Setia juga turut beramah mesra bersama pegawai dan kakitangan penjawat awam yang hadir memeriahkan majlis rumah terbuka ini.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Penyelaras Japerun Bemban
Sunday, 20 April 2025
20 April 2025
21 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Penyelaras Japerun Bemban.
Kemudiaannya TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Rahmad Bin Mariman; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi Dan Hal Ehwal Agama merangkap ADUN Ayer Molek.
Pada sebelah malam pula, TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Fairul Nizam bin Roslan, EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital merangkap penyelaras DUN Rembia serta Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Zaidi bin Attan, Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya merangkap ADUN Serkam dan yang terakhir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Puan Siti Faizah binti Abdul Azis, ADUN Sungai Rambai.




- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Perasmian Kursus Perdana Haji 1446H/2025M di Masjid Sayyidina Abu Bakar UTeM
Sunday, 20 April 2025
20 April 2025
21 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan perasmian Kursus Perdana Haji 1446H/2025M di Masjid Sayyidina Abu Bakar UTeM, Universiti Teknikal Malaysia Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YB. Datuk Rahmad Bin Mariman; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi Dan Hal Ehwal Agama; YBhg. Tuan Haji Mustakim Bin Mohamad, Pengarah Eksekutif Kewangan Kumpulan Lembaga Tabung Haji; YBhg. Datuk Md Azhan Bin Samat, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Melaka; YBhg. Tuan Shaifulfazlee Bin Mohamad, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Melaka; YBrs. Tuan Haji Muhamad Hishamuddin Bin Muhamad Sohaimi, Pengarah Lembaga Tabung Haji Negeri Melaka; YBhg. Tuan Haji Hazarudin Bin Haji Baharudin, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Massila binti Kamalrudin, Naib Canselor UTeM.
Alhamdulillah pada tahun ini seramai 1,141 orang Melaka yang telah terpilih untuk menunaikan haji bagi musim haji 1446H/2025M.
Kursus Perdana Haji merupakan kursus haji peringkat akhir yang akan diikuti oleh bakal Jemaah haji sebelum berangkat ke Tanah Suci. la dilaksanakan selama satu hari setengah dengan memberi penekanan amali ibadat seperti tawaf, sa’ie, wuquf, bermalam (mabit) dan melontar. Kursus ini dilaksanakan dalam bulan Syawal di setiap negeri.
Dalam ucapan perasmian TYT Tun Seri Setia mendoakan jemaah haji mendapat manfaat dan diberikan kefahaman ilmu ibadat haji yang lengkap melalui kursus-kursus haji yang dianjurkan ini. TYT Tun Seri Setia turut menyatakan penghargaan kepada para pembimbing ibadat haji atas usaha mereka untuk menyampaikan amanah ilmu dan kefahaman dalam membimbing bakal haji sebagai persediaan untuk menunaikan haji kelak.
TYT Tun Seri Setia juga menasihatkan agar sentiasa menjaga akhlak dan bersifat dengan sifat-sifat mahmudah sebagai tetamu Allah serta tanamkan sifat syukur, sabar dan ketidakselesaan terutama semasa hari-hari menghadapi lautan manusia sepanjang di tanah suci nanti.
Di akhir ucapan TYT Tun Seri Setia berharap semua jemaah haji dapat menumpukan masa dan tenaga kepada ibadah serta mematuhi segala peraturan semasa di tanah suci. Kekalkan sikap disiplin yang tinggi dan jadilah jemaah haji contoh untuk dunia islam, seterusnya menjaga nama baik Tabung Haji dan Malaysia.
TYT Tun Seri Setia juga menyeru bakal-bakal haji untuk lebih prihatin, tolong menolong dan hormat menghormati antara satu sama lain dan berdoa agar apa yang dipelajari pada kursus ini nanti akan membantu dalam melaksanakan ibadat haji dengan sempurna dan meraih haji yang mabrur.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh
Saturday, 19 April 2025
19 April 2025
20 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka di Masjid Tanah, Melaka.
Hadir sama YABhg. Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil bin Yaakob, Mantan Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-6; YB. Datuk Seri Haji Mohamad Bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan; YDH. IGP Tan Sri Razarudin Husain @ Abd Rasid, Ketua Polis Negara; YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka dan YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pertubuhan Kebajikan Al-Jaafari
Saturday, 19 April 2025
19 April 2025
20 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pertubuhan Kebajikan Al-Jaafari di Selandar, Melaka dan Program Raya Sekampung, Kampung Bukit Senggeh Tahun 2025 bersama penduduk kampung Bukit Senggeh yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Bukit Senggeh.
Kemudiaannya TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Majlis Jemputan Hari Raya dan Majlis Akikah Cucu YBhg. Datuk Wira Ismail Saleh, mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka di Ayer Keroh, Melaka.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Hang Tuah Jaya
Friday, 18 April 2025
18 April 2025
19 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir menyerikan lima buah rumah terbuka malam ini sejurus selesai urusan rasmi di Negeri Perlis.
Dimulai dengan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Hang Tuah Jaya yang diaadakan di Bukit Katil diteruskan dengan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Haji Hameed bin Mytheen Kunju Basheer, Exco Kerjaraya, Infrasuktur, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Negeri Melaka merangkap ADUN Ayer Limau di Masjid Tanah serta Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Ngwe Hee Sem, Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan merangkap ADUN Machap Jaya yang diadakan di Alor Gajah Perdana.
Kemudiaannya TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Zahari bin Abd Khalil, Timbalan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Negeri Melaka merangkap ADUN Durian Tunggal serta Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Pertubuhan Khidmat Rakyat Negeri Melaka 2025 yang diadakan di Dewan SJK (C) Cheng, Melaka.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Pengiringan Diraja di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Halim
Friday, 18 April 2025
18 April 2025
19 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman berlepas balik ke Melaka daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah.
DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan DYTM Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis telah mencemar duli ke bilik Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Halim bersama YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis bagi mengiringi TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan berlepas pulang.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Aktiviti Riadah Pagi di sekitar Jejawi, Perlis
Friday, 18 April 2025
18 April 2025
19 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka meluangkan masa berjogging dikawasan sekitar Taman Utama Jejawi, Kampung Jejawi Sematang, Kampung Bakung Raja Muda dan sekitar Jejawi sementara menunggu masa penerbangan balik ke Melaka.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti