ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Menjunjung Kasih DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Perlis dan DYMM Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Perempuan Perlis

Friday, 05 December 2025 by tytmelaka
Menjunjung Kasih DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Perlis dan DYMM Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Perempuan Perlis
3 Disember 2025
12 Jamaldilakhir 1447H
Menjunjung Kasih DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Perlis dan DYMM Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Perempuan Perlis di atas limpah perkenan berkenan menerima menghadap TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka sempena santapan malam bersama Duli-Duli Tuanku.
DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis turut berkenan hadir.
Hadir sama YB Dato’ Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan YDH DCP Dato’ Muhammad Abdul Halim, Ketua Polis Perlis.
Menjunjung Kasih DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Perlis dan DYMM Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Perempuan Perlis Menjunjung Kasih DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Perlis dan DYMM Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Perempuan Perlis Menjunjung Kasih DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Perlis dan DYMM Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Perempuan Perlis
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Lawatan di Kampung Warna Warni Perlis

Thursday, 04 December 2025 by tytmelaka
Lawatan di Kampung Warna Warni Perlis
3 Disember 2025
12 Jamaldilakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan Lawatan di Kampung Warna Warni Perlis.
DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis turut berkenan menyertai lawatan ini.
Turut hadir YB Dato’ Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis; YB Tuan Abu Bakar bin Hamzah, Exco Pelancongan, Seni Budaya dan Pembangunan Luar Bandar serta YBrs. Tuan Haji Mohd Nazim bin Haji Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).
Acara yang bermula daripada Dataran Semarak, Kampung Seberang Ramai Kuala Perlis, delegasi dibawa menaiki choley ke Pantai Pulau Ketam bagi melihat susana matahari terbenam. Kemudiaanya melintasi Kampung Hujung Tanjung, Laman Bunga Kertas, Laman Laksa, Dataran Putra, Jambatan Tuanku Syed Putra, Anjung Persinggahan Raja, melintasi Rumah Penghulu Omar dan menunaikan solat Maghrib di Masjid Lama Kampung Seberang Ramai.
Usai selesai solat lawaran diteruskan di Laman Bunga Raya bagi menikmati Laksa Perlis dan melihat Galeri Laman Bunga Raya.
Lawatan di Kampung Warna Warni Perlis Lawatan di Kampung Warna Warni Perlis Lawatan di Kampung Warna Warni Perlis
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Peluncuran Buku “Never Fully Invest At All Times” dan Peluncuran Tahun Bisnes Operasi Angkasa Perlis 2026

Thursday, 04 December 2025 by tytmelaka
Majlis Peluncuran Buku
DAULAT TUANKU
DIRGAHAYU TUANKU
3 Disember 2025
12 Jamaldilakhir 1447H
Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka yang telah dianugerahkan sebagai Tokoh Penggiat Melayu Nusantara sempena Majlis Peluncuran Buku “Never Fully Invest At All Times” dan Peluncuran Tahun Bisnes Operasi Angkasa Perlis 2026 di Kangar, Perlis.
DYMM Tuanku Syed Sirajuddin lbni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis berkenan mencemar duli hadir menyempurnakan majlis sekaligus mengurniakan anugerah kepada TYT Tun Seri Setia. Turut berkenan hadir DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis.
Turut hadir YBhg. Datuk Haji Mustaffa Kamil Ayub, Pengerusi Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan YBhg. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).
TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan mendoakan agar Duli Yang Maha Mulia Tuanku kekal bersemayam di bawah pemeliharaan Rabbul Jalil hendakNya. Semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri, serta seluruh kerabat diRaja sentiasa di bawah perlindungan Allah Subhanahuwataala, sihat wal’afiat serta dilimpahi rahmat, taufik, inayah, kesejahteraan, keimanan dan keberkatan.
Majlis Peluncuran Buku "Never Fully Invest At All Times" dan Peluncuran Tahun Bisnes Operasi Angkasa Perlis 2026 Majlis Peluncuran Buku "Never Fully Invest At All Times" dan Peluncuran Tahun Bisnes Operasi Angkasa Perlis 2026 Majlis Peluncuran Buku "Never Fully Invest At All Times" dan Peluncuran Tahun Bisnes Operasi Angkasa Perlis 2026
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Sambutan Jubli Perak 25 Tahun UTeM

Wednesday, 03 December 2025 by tytmelaka
Sambutan Jubli Perak 25 Tahun UTeM
1 Disember 2025
10 Jamaldilakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Makan Malam sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun UTeM.
Majlis ini turut dihadiri oleh YB Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi Dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka mewakili YAB Ketua Menteri Melaka; YB Datuk Wira Azhar bin Haji Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YBhg. Tan Sri Abdul Rashid Hussain, Pro Canselor UTeM; YBhg. Dato’ Doktor Husaini bin Omar, Pengerusi Lembaga Pengarah UTeM; YBhg. Profesor Datuk Teknologis Doktor Massila binti Kamalrudin, Naib Canselor UTeM.
Sambutan Jubli Perak 25 Tahun UTeM Sambutan Jubli Perak 25 Tahun UTeM Sambutan Jubli Perak 25 Tahun UTeM
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Istiadat Konvokesyen ke-27 UNIMEL

Monday, 01 December 2025 by tytmelaka
Istiadat Konvokesyen ke-27 UNIMEL
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor Universiti Islam Melaka (UNIMEL) hadir menyempurnakan Istiadat Konvokesyen ke-27 UNIMEL.
Turut hadir YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka merangkap Pro Canselor UNIMEL; YB Datuk Wira Azhar bin Haji Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi Dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka; YB Datuk Khairil Azreem bin Mamat, Penasihat Undang-undang Negeri Melaka; YB Datuk Wira Salhah binti Salleh, Pegawai Kewangan Negeri Melaka; YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil bin Shawkataly, Naib Canselor UNIMEL; Sahibus Samahah Prof. Adjung Datuk Wira Haji Abdul Halim Bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka; Ahli-ahli Lembaga Pengarah UNIMEL; Naib-naib Canselor; Wakil-Wakil Universiti; Pegawai-pegawai Kanan Universiti, Ahli Senat, serta Wakil Industri.
Turut berlangsung Pemasyhuran YAB Ketua Menteri Melaka sebagai Pro Canselor Universiti Islam Melaka.
Dalam ucapan konvokesyen kali ini, TYT Tun Seri Setia berkata bahawa kepimpinan berwibawa perlu diperkukuh oleh setiap Graduan UNIMEL. Kepimpinan yang bukan sekadar meliputi kemampuan membuat keputusan atau mengurus pasukan, tetapi merangkumi nilai amanah, etika, keberanian moral, serta keupayaan memimpin perubahan secara berhemah dan bertanggungjawab.
Graduan UNIMEL mestilah menjadi pemimpin yang mampu memastikan kemajuan digital tidak mengabaikan nilai kemanusiaan; membina budaya hormat, menghargai perbezaan, dan menegakkan maruah semua individu; menilai dan mentafsir data serta maklumat secara kritis dan berintegriti; dan menerajui inovasi yang memberi manfaat kepada masyarakat.
Setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah kepada penerima Anugerah Akademik iaitu Nur Asyura binti Abd Aziz Shahrifuaddin, Anugerah Canselor; Ahmad Afiq bin Hamdan, Anugerah Ketua Menteri; Fatimah Az’zahrah binti Fakrul Azman, Anugerah Naib Canselor dan Hadiah Pingat Emas; Zhang Kai, Hadiah Munsyi Abdullah; Noor Rabiah binti Herman, Hadiah Pingat Emas; Nor Alia Damia binti Mohd Faizal, Hadiah Alumni; Abdul Monir bin Yaacob, Hadiah Buku; Najib bin Taib, Hadiah Buku; Nur Khadijah binti Ahmad, Hadiah Buku dan Nur Hanis Syakirah binti Mohd Nor, Hadiah Buku.
Di akhir kata, TYT Tun Seri Setia merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada lima ratus lima puluh satu (551) graduan yang menerima ijazah dan diploma pada sidang pertama pagi ini dan seribu enam puluh lapan (1,068) graduan pada Istiadat Konvokesyen Universiti Islam Melaka kali ke-27 ini serta mendoakan para graduan melangkah ke destinasi kejayaan dengan penuh keyakinan dan keazaman.
Istiadat Konvokesyen ke-27 UNIMEL Istiadat Konvokesyen ke-27 UNIMEL Istiadat Konvokesyen ke-27 UNIMEL
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Pelancaran Karnival Hari Keluarga UTeM sempena Sambutan Jubli Perak UTeM ke-25 Tahun

Monday, 01 December 2025 by tytmelaka
Pelancaran Karnival Hari Keluarga UTeM sempena Sambutan Jubli Perak UTeM ke-25 Tahun
29 November 2025
8 Jamaldilakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) hadir menyempurnakan Pelancaran Karnival Hari Keluarga UTeM sempena Sambutan Jubli Perak UTeM ke-25 Tahun.
TYT Tun Seri Setia dan YBhg. Profesor Datuk Teknologis Doktor Massila binti Kamalrudin, Naib Canselor UTeM bersama keluarga UTeM menyertai aktiviti briskwalk sejauh 7km sekitar Kampus UTeM, Durian Tunggal dan Ladang Jagung UTeM.
Sepanjang briskwalk, TYT Tun Seri Setia turut menyempurnakan penanam pokok sempena Pelancaran Inisiatif Kampus Hijau dan beramah mesra bersama keluarga UTeM yang mengambil bahagian dalam acara memasak dan memancing.
Karnival ini telah dimeriahkan dengan kehadiran seluruh keluarga UTeM bersama keluarga serta 30 aktiviti menarik, persembahan, pameran dan pertandingan dalam meraikan 25 tahun perjalanan gemilang UTeM.
Pelancaran Karnival Hari Keluarga UTeM sempena Sambutan Jubli Perak UTeM ke-25 Tahun Pelancaran Karnival Hari Keluarga UTeM sempena Sambutan Jubli Perak UTeM ke-25 Tahun Pelancaran Karnival Hari Keluarga UTeM sempena Sambutan Jubli Perak UTeM ke-25 Tahun
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Lawatan ke Pejabat Atase Pendidikan Melaka Mesir

Wednesday, 26 November 2025 by tytmelaka
Lawatan ke Pejabat Atase Pendidikan Melaka Mesir
24 November 2025
3 Jamaldilakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan lawatan ke Pejabat Atase Pendidikan Melaka Mesir.
TYT Tun Seri Setia melawat Wisma Melaka Mesir bagi melihat kemudahan dan asrama bagi pelajar dan berkesempatan beramah mesra bersama pelajar-pelajar daripada Melaka yang sedang melanjutkan pengajian di Mesir.
Turut hadir TYT Dato’ Mohd Tariq bin Sufian, Duta Besar Malaysia Mesir; YBhg. Dato’ Shamsul Najmi bin Shamsuddin, Pengarah Education Malaysia Egypt dan Ustaz Muhammad Hafizi bin Abd Kadir, Pegawai Atase Pendidikan Melaka Mesir.
Kemudiaannya TYT Tun Seri Setia turut melawat ke rumah pelajar Negeri Sembilan di Mesir.
Lawatan ke Pejabat Atase Pendidikan Melaka Mesir Lawatan ke Pejabat Atase Pendidikan Melaka Mesir Lawatan ke Pejabat Atase Pendidikan Melaka Mesir
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Encik Muhammad Hamka bin Mohd Ali

Monday, 24 November 2025 by tytmelaka
Setinngi-tinggi ucapan tahniah kepada Encik Muhammad Hamka bin Mohd Ali
19 November 2025
28 Jamaldilawal 1447H
Setinngi-tinggi ucapan tahniah kepada Encik Muhammad Hamka bin Mohd Ali yang telah berjaya menerima Master in Business Administration (MBA) daripada University of Gloucestershire, London.
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman serta keluarga turut hadir meraikan kejayaan Encik Muhammad Hamka.
Setinngi-tinggi ucapan tahniah kepada Encik Muhammad Hamka bin Mohd Ali Setinngi-tinggi ucapan tahniah kepada Encik Muhammad Hamka bin Mohd Ali Setinngi-tinggi ucapan tahniah kepada Encik Muhammad Hamka bin Mohd Ali
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Solat Jumaat di Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS), United Kingdom

Monday, 24 November 2025 by tytmelaka
Solat Jumaat di Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS), United Kingdom
21 November 2025
30 Jamaldilawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS), United Kingdom.
Usai selesai solat TYT Tun Seri Setia dibawa melawat sekitar Oxford Centre for Islamic Studies dan Universiti Oxford oleh Shaykh Dato’ Dr Afifi al-Akiti, seorang rakyat Malaysia yang juga Sarjana Islam terkenal dari Universiti Oxford, di mana beliau memegang Kuwait Fellowship di Pusat Pengajian Islam Oxford dan pensyarah di Fakulti Teologi University Oxford.
 Solat Jumaat di Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS), United Kingdom  Solat Jumaat di Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS), United Kingdom  Solat Jumaat di Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS), United Kingdom
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Visit to Elsevier Company with the UTeM Delegation

Monday, 24 November 2025 by tytmelaka
Visit to Elsevier Company with the UTeM Delegation
20 November 2025
29 Jamaldilawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Who in-Pertua Negeri Melaka caught the Chancellor of Technical University Malaysia Melaka (UTeM) conducted a Visit to Elsevier Company with the UTeM delegation.
Elsevier is a global academic publishing company specializing in scientific, technical and medical (STM) content, information and data analytics. It is part of the RELX Group, a global provider of information-driven analytics and decision tools for professional and business clients.
Elsevier’s primary products and services provides a range of products and services for researchers, healthcare professionals and academic institutions.
Throughout this visit TYT Tun Seri Setia and the delegation were welcomed and briefed by Maxim Khan, Senior Vice President, Academic And Government Solutions; Jonathan Simpson, Vice President, Science & Technology Books / Reference Solutions and Marianna Taffi, Senior Publishing Ethics Expert as well as Philippa Penfold, Responsible Ai & Data Science Manager.
Visit to Elsevier Company with the UTeM Delegation Visit to Elsevier Company with the UTeM Delegation Visit to Elsevier Company with the UTeM Delegation
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 1
  • 2
  • 3

Recent Posts

  • Menjunjung Kasih DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Perlis dan DYMM Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Perempuan Perlis

    Menjunjung Kasih DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Perlis dan DYMM Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Perempuan Perlis

    3 Disember 2025 12 Jamaldilakhir 1447H Menjunju...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP