Rumah Terbuka Aidilfitri Tuan Haji Mohd Ali bin Ahmad dan Hajah Zalina bte Abu Zahar
Tuesday, 31 March 2026
25 Mac 2026
5 Syawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Tuan Haji Mohd Ali bin Ahmad dan Hajah Zalina bte Abu Zahar iaitu besan kepada TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan di Ayer Keroh, Melaka.
Selepas itu, TYT Tun Seri Setia mengunjungi Datuk Hamzah Bajuri di Bukit Palah, Melaka dan kemudiannya mengunjungi YBhg. Datin Maimon binti Sepet dan Tuan Haji Hashim bin Haji Samat di Bukit Katil, Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Memberikan Penghormatan Terakhir dan Menunaikan Solat Jenazah kepada Allahyarham Datuk Wira Haji Rashid Redza Mohd Saleh, Mantan Mufti Kerajaan Negeri Melaka
Tuesday, 31 March 2026
24 Mac 2026
4 Syawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka memberikan penghormatan terakhir dan menunaikan Solat Jenazah kepada Allahyarham Datuk Wira Haji Rashid Redza Mohd Saleh, Mantan Mufti Kerajaan Negeri Melaka di Masjid Al-Khairiah, Ayer Molek dan mengiringi ke pengkebumian di Tanah Perkuburan Raudatul Sakinah, Ayer Molek.
Sesudah itu, TYT Tun Seri Setia mengadakan ziarah dan kunjungan raya kepada kenalan-kenalan lama di sekitar Bukit Katil antaranya YBhg. Datuk Yusof bin Jantan, YBhg. Datuk Md Sirat bin Abu, YBhg. Datuk Yunus Hitam, Puan Siti binti Othman di Tehel dan YBhg. Datuk Saad Abu di Musai, serta YBhg. Dato’ Sidang Haji Johar dan YBhg. Datuk Haji Haron bin Mohd Dom di Peringgit.
Semasa dalam perjalanan di Bukit Piatu, TYT Tun Seri Setia berkesempatan berhenti beramah mesra dengan penduduk yang sedang meraikan hari raya dan menyampaikan sumbangan duit raya.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jenazah bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tuan Haji Othman Ali bin Abd Rahim, mantan Imam 1 Masjid As-Syakirin
Tuesday, 31 March 2026
23 Mac 2026
3 Syawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jenazah bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tuan Haji Othman Ali bin Abd Rahim, mantan Imam 1 Masjid As-Syakirin, Bachang.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia mengadakan kunjungan raya dan ziarah raya kepada kenalan-kenalan lama di sekitar Bachang antaranya Puan Siti Aisyah binti Mahmood dan suaminya Encik Mohammad Ridwan bin Dol Hadi, yang kurang sihat; YBhg. Datuk Kasim bin Mohd Yusof; Cikgu Mohamad bin Md Yusof; Haji Jaafar bin Abu Chik; Puan Marsita binti Mohd Jantan yang mana suaminya Encik Ab Razak bin Husin baru menjalani pembedahan jantung.
TYT Tun Seri Setia juga sempat singgah di Warong Sham, Bachang dan beramah mesra bersama para pelanggan dan orang-orang kampung di situ.
Seterusnya TYT Tun Seri Setia menyantuni mangsa-mangsa ribut di Kampung Pulau Samak, Batu Berendam yang melibatkan 16 buah rumah dan 2 buah kedai serta menyampaikan sumbangan peribadi kepada mangsa-mangsa ribut.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Menziarahi kenalan iaitu Sidang Haji Jaafar bin Mohd Som
Tuesday, 31 March 2026
22 Mac 2026
2 Syawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman berkesempatan menziarahi kenalan iaitu Sidang Haji Jaafar bin Mohd Som di kediamannya di Bukit Baru, Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana
Tuesday, 31 March 2026
22 Mac 2026
2 Syawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman bersama keluarga menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana merangkap ADUN Kawasan Paya Rumput yang diadakan di Perkarangan Stadium Hang Jebat, Melaka.
Majlis turut dihadiri YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka dan isteri YABhg. Datin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah binti Abdul Aziz.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Hari Raya Aidilfitri bersama YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh
Tuesday, 31 March 2026
21 Mac 2026
1 Syawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan Majlis Hari Raya Aidilfitri bersama YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh serta kepimpinan tertinggi Negeri Melaka di Istana Melaka.
Antara tetamu yang turut hadir, YB Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB Datuk Wira Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri; Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri; Ahli-Ahli Parlimen serta Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka.
Selepas itu, majlis diteruskan dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga, saudara mara serta kakitangan Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri dan Polis Cawangan Istana Melaka

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Sunat Aidilfitri Tahun 1447H/2026M di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka, Bukit Palah, Melaka
Tuesday, 31 March 2026
21 Mac 2026
1 Syawal 1447H
ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR WALILAHILHAM
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menunaikan Solat Sunat Aidilfitri Tahun 1447H/2026M di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka, Bukit Palah, Melaka.
Sebelum menunaikan Solat TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan menziarahi pusara dan mengadakan tahlil ringkas buat mantan Yang di-Pertua Negeri Melaka dan mantan Ketua Menteri Melaka di Makam Pahlawan, Masjid Al-Azim.
Turut hadir sama YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri; YB Datuk Rahmad Bin Mariman; EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi Dan Hal Ehwal Agama Negeri; YB Datuk Hjh Kalsom Nordin, EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Negeri; YB Datuk Khairul Azreem bin Mamat, Penasihat Undang-Undang Negeri; YB Datuk Wira Salhah binti Salleh, Pegawai Kewangan Negeri dan Sahibus Samahah Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Solat Isyak dan Takbir Hari Raya Aidilfitri 1447H/2026M
Tuesday, 31 March 2026
20 Mac 2026
30 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan Majlis Solat Isyak dan Takbir Hari Raya Aidilfitri 1447H/2026M di Surau Istana Melaka, Bukit Beruang, Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid Al Ehsan, Jalan Klebang, Kampung Limbongan, Melaka
Tuesday, 31 March 2026
20 Mac 2026
30 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al Ehsan, Jalan Klebang, Kampung Limbongan, Melaka serta menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pegawai syarak masjid.
Usai solat TYT Tun Seri Setia menziarahi adik Mohd Fazreen bin Zaidi yang baru selesai menjalankan pembedahan ketumbuhan di kepala.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia menziarahi pusara pusara ayahanda dan ibuanda serta keluarga kepada TYT Tun Seri Setia di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Bayan.
Selepas itu TYT Tun Seri Setia menziarahi YBhg. Datuk Wira Haji Rashid Redza Bin Md Salleh, mantan Mufti Negeri Melaka; YBhg. Datuk Haji Haron bin Abdullah; YBhg. Datuk Seri Md Yunos Husin, Mantan EXCO Kerajaan Negeri Melaka; YBhg. Datuk Wira Haji Othman bin Muhamad, mantan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; Tn. Haji. Md Diah di kediaman masing-masing di Ayer Molek, Melaka dan memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Siti Khadijah binti Joned di Bukit Lintang, Melaka.
TYT Tun Seri Setia kemudiannya meneruskan ziarah kepada kenalan-kenalan di sekitar Bukit Katil antaranya Cikgu Samad, Cikgu Samah , Tuan Haji Amir, Tuan Haji Mahat, Husin Janggut dan beberapa kenalan lain serta berkesempatan menziarahi keluarga Allahyarham Khalid bin Sikon di Bukit Durian, Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Cerapan Rasmi Hilal Syawal 1447H/2026M Peringkat Negeri Melaka bersama YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bih Yusoh, Ketua Menteri Melaka
Tuesday, 31 March 2026
19 Mac 2026
29 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan Majlis Cerapan Rasmi Hilal Syawal 1447H/2026M Peringkat Negeri Melaka bersama YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bih Yusoh, Ketua Menteri Melaka di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka.
Turut hadir YB Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri; YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri; YB Datuk Rahmad bin Mariman, EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri; YB Datuk Haji Zulkiflee bin Datuk Seri Mohd Zin, Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri dan YB Tuan Rosli bin Abdullah, Timbalan EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama
Seterusnya TYT Tun Seri Setia mengerjakan Solat Maghrib dan berbuka puasa bersama hadirin.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia menunaikan Solat Isyak dan Solat Tarawih terakhir untuk Ramadan kali ini di Masjid Nur As Sa’adah, Pengkalan Batu serta menyampaikan sumbangan kepada pihak masjid.
Usai menunaikan solat TYT Tun Seri Setia menziarahi Haji Md Derus bin Haji Tompang di kediamannya di Pengkalan Batu dan moreh di Kedai Ayie Real Asam Pedas, Taman Malinja, Bukit Baru.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti










