Kunjungan Hormat daripada TYT Dato’ Mohd Khalid Abassi bin Abdul Razak
Wednesday, 16 July 2025
11 Julai 2025
15 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada TYT Dato’ Mohd Khalid Abassi bin Abdul Razak, Duta Besar Malaysia ke Belgium, Luxembourg dan Perutusan Tetap Malaysia ke Kesatuan Eropah.




- Published in Arkib Berita, Berita
No Comments
Kunjungan Hormat daripada YB. Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Wednesday, 16 July 2025
11 Julai 2025
15 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YB. Dato’ Sri Azalina binti Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) di Istana Melaka, Bukit Beruang.
Kunjungan Hormat ini bertujuan adalah bagi mempersembahkan satu taklimat rasmi berhubung pelaksanaan dan hala tuju agenda reformasi institusi yang sedang diterajui oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM). Sesi taklimat ini juga untuk menyatakan komitmen, hala tuju dan kemajuan reformasi yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI demi memperkukuh institusi-institusi negara berteraskan prinsip demokrasi, kedaulatan undang-undang dan keadilan yang menyeluruh.
YB. Dato’ Sri Azalina binti Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) turut membuat penyerahan Sijil Pemerbadanan Penubuhan Yayasan Tuan Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka.
Turut hadir YBhg. Datuk Roslan bin Ahmad, Pemegang Amanah Yayasan TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka; YBhg. Datuk Zamri bin Misman, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang; YBrs. Tuan Thiyagu Ganesan, Timbalan Ketua Pengarah (Reformasi Undang-Undang) Pejabat Timbalan Ketua Pengarah (Reformasi Undang-Undang); YBrs. Dr. Punitha Silivarajoo, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar & Pembangunan) Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Dasar dan Pembangunan.




- Published in Arkib Berita, Berita
TYT Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Diberi Taklimat Terkini Kerajaan Negeri oleh Ketua Menteri Melaka
Wednesday, 16 July 2025
7 Julai 2025
11 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam pertemuan bagi mendengar taklimat penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka daripada YAB. Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka.



- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat Hon. Sabuddin N. Abdurahim
Monday, 07 July 2025
26 Jun 2025
29 Zulhijah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat Hon. Sabuddin N. Abdurahim, Menteri di Pejabat Presiden Filipina, National Commission on Muslim Filipinos di Istana Melaka hari ini.



- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat daripada YBrs. Dr. Mohd Hazimin bin Jamaludin dan Encik Ahmad Sazali bin Omar
Tuesday, 17 June 2025
17 Jun 2025
20 Zulhijjah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YBrs. Dr. Mohd Hazimin bin Jamaludin, Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka serta Kunjungan Hormat daripada Encik Ahmad Sazali bin Omar, Pengarah Pendakwaan Negeri Melaka.



- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat daripada YB. Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Nai’m Haji Mokhtar
Monday, 16 June 2025
16 Jun 2025
19 Zulhijjah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan daripada YB. Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Nai’m Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bagi menyempurnakan penyampaian Zakat Tabung Haji bagi tahun 2024.
Turut berlangsung penyampaian Peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Imam, Bilal, Siak, Guru Takmir dan Guru Kafa di Negeri Melaka Tahun 2025 serta bantuan bagi Pembinaan Maahad Tahfiz Bestari Pulau Besar Melaka dan bantuan pembinaan Masjid Pulau Besar Melaka.
Hadir sama YB. Datuk Rahmad bin Mariman, EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka; YBhg. Datuk Mohamad Azmi bin Haji Sabtu, Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka; YBhg. Dato’ Dr. Haji Sirajuddin bin Suhaimee, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM); Tuan Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP); Tuan Haji Mustakim bin Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji; Tuan Haji Rozimin bin Ahamed Kamil, Pengarah Tabung Haji Wilayah Selatan dan Haji Muhamad Hishamudin Muhamad Sohaimi, Pengarah Tabung Haji Negeri Melaka.



- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat YBhg Datuk Ginie Lim
Friday, 13 June 2025
11 Jun 2025
14 Zulhijjah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat YBhg Datuk Ginie Lim, Ketua Pegawai Eksekutif Invest Melaka Berhad

- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan hormat daripada YAB Datuk Seri Anwar bin lbrahim
Friday, 13 June 2025
12 Jun 2025
15 Zulhijjah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima kunjungan hormat daripada YAB Datuk Seri Anwar bin lbrahim, Perdana Menteri Malaysia ke-10 di Istana Melaka.
YAB Perdana Menteri turut diiringi oleh YBhg. Dato’ Shahrol Anuwar bin Sarman, Ketua Setiausaha Sulit kepada YAB Perdana Menteri, YB Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin, Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri serta pegawai-pegawai dari Pejabat Perdana Menteri.






- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat daripada YBhg. Lt. Jen. Dato’ (Dr.) Zulkeffeli bin Mat Jusoh
Friday, 13 June 2025
12 Jun 2025
15 Zulhijjah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YBhg. Lt. Jen. Dato’ (Dr.) Zulkeffeli bin Mat Jusoh, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia.
Turut hadir YBhg. Brig. Jen. Dato’ (Dr.) Amran bin Amir Hamzah, Pegawai Memerintah 94 Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak; Brig. Jen. (Dr.) Zuifikar bin Abdul Rahim, Ketua Jabatan Hyperbarik Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan merangkap Ketua Timbalan Projek Pembinaan Baharu 94 Hospital Angkatan Tentera serta Mej. (Dr.) Mohd Zakwan Afandi bin Ahmad Fauzi, Pembantu Ketenteraan.
Semasa kunjungan hormat ini TYT Tun Seri Setia telah diberikan taklimat berkenaan pembinaan baharu 94 Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak, Melaka.



- Published in Arkib Berita, Berita
Taklimat penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka
Friday, 13 June 2025
10 Jun 2025
13 Zulhijjah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam pertemuan bagi mendengar taklimat penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka daripada YAB. Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka.

- Published in Arkib Berita, Berita