Kunjungan Hormat daripada YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad
Monday, 14 April 2025
14 April 2025
15 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bersama PPjB Mohd Zaidi bin Haji Ma’at, Pengarah Bomba Negeri Melaka yang baharu.
Turut hadir YAS Tuan Othman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta PgKB II R Saiful Iswandy bin R Hassan, Timbalan Pengarah Bomba Negeri Melaka.



- Published in Arkib Berita, Berita
No Comments
Taklimat daripada Jawatankuasa Pertandingan Pidato Rukun Negara Piala Pusingan TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka
Monday, 07 April 2025
7 April 2025
6 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka mendengar taklimat daripada Jawatankuasa Pertandingan Pidato Rukun Negara Piala Pusingan TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka, yang telah disampaikan YB. Tuan Ngwe Hee Sem, Exco Kesihatan, Sumber Manusia & Perpaduan serta Jawatankuasa Pertandingan Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka.
Pertandingan Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka Tahun 2025 ini merupakan penganjuran kali ke-6 yang telah berjaya diadakan dengan jayanya.
5 kategori akan dipertandingkan itu Kategori Sekolah Rendah, Kategori Sekolah Menengah, Kategori Institut Pengajian Tinggi, Kategori Bukan Melayu dan juga Kategori Awam.
Pertemuan kali ini bagi memaklumkan serta membincangkan penambahbaikan syarat bagi setiap kategori bagi mengelakkan pengulangan skrip dan video
Turut dibincangkan penyelarasan hadiah tunai untuk semua kategori supaya nilainya sama untuk semua pemenang dan penambahan hadiah wang tunai bagi Juara Keseluruhan untuk menghargai peserta terbaik.


- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat daripada Mr. Ai Xingyou dan Mr. Liushuang
Monday, 07 April 2025
7 April 2025
6 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada Mr. Ai Xingyou, Pengerusi Beijing Ziguangyủan Group dan Mr. Liushuang, Ketua Pegawai Eksekutif Beijing Ziguangyủan Group beserta rombongan di Istana Melaka, Bukit Beruang. Beijing Ziguangyủan Group adalah usahawan China Muslim dari Beijing yang menjalankan perniagaan industry halal.
Hadir sama Mr. Herui, The Person In Charge Of The Supply Chain Of Beijing Ziguangyủan Group; Mr. Shawenming (Sulaiman Sha), The Advisor of Beijing Ziguangyủan Group, As Well As The Partners of Beijing Ziguangyủan Group; Mr. Mahuiguo, Partner of Ziguangyủan Group; Mr. Baiwenjun; Miss Qinwen, Translator; Mr. Mayingjie, Manager of The Import Product Procurement Department of Jd Com Group, China dan Mr. Yeo Teong Eng, Malaysian Partner



- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat daripada TYT Mr. Naiyl M. Latypov
Tuesday, 18 March 2025
18 Mac 2025
17 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada TYT Mr. Naiyl M. Latypov, Duta Besar Rusia ke Malaysia.
Turut berlangsung acara menanam Pokok Melaka (Phyllanthus Emblica) di Ambassador Road, Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh, Melaka.



- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat daripada YBhg. Jeneral Datuk Haji Mohd Nizam bin Haji Jaffar
Tuesday, 18 March 2025
18 Mac 2025
17 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YBhg. Jeneral Datuk Haji Mohd Nizam bin Haji Jaffar, Panglima Angkatan Tentera Malaysia.
Hadir sama YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Abdul Aziz bin Abu Hassan, Asisten Ketua Staf Logistik Pertahanan; YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Mohamad Suria bin Mohamad Saad, Panglima 3 Divisyen dan YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Ts. Reizal Arif bin Tan Sri Ismail, Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota.


- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan daripada YBhg. Datuk Zamri bin Misman
Saturday, 15 March 2025
14 Mac 2025
13 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan daripada YBhg. Datuk Zamri bin Misman, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri bersama delegasi di Istana Melaka.



- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat daripada YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi
Thursday, 13 March 2025
13 Mac 2025
12 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara Malaysia.
YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara Malaysia turut mengemukakan Prestasi Kewangan Negeri Melaka dan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam Melaka bagi Tahun 2023.
Turut hadir sama YBhg. Datuk Hajah Patimah binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); YBrs. Encik Mohd Fisul bin Ismail, Pengarah Audit Kewangan III; YBrs. Encik Saiful Anuar bin Zakaria, Pengarah Bahagian Penyelarasan Laporan; YBrs. Encik Khairul Azrin bin Mod Rifat, Pengarah Audit Negeri Melaka; YBrs. Puan Siti Fatimah binti Mansor, Timbalan Pengarah Audit Negeri Melaka.



- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat Perpisahan daripada YDH SAC Datuk Md Nazri bin Zawawi
Wednesday, 12 March 2025
12 Mac 2025
11 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menerima Kunjungan Hormat Perpisahan daripada YDH SAC Datuk Md Nazri bin Zawawi, Timbalan Ketua Polis Melaka serta isteri YBhg. Datin Shahida binti Salleh di Istana Melaka.



- Published in Arkib Berita, Berita
Taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka
Wednesday, 12 March 2025
11 Mac 2025
10 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam pertemuan bagi mendengar taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka daripada YAB. Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka dan YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.


- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat daripada YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Mohamad Suria bin Mohamad Saad
Wednesday, 12 March 2025
10 Mac 2025
9 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Mohamad Suria bin Mohamad Saad, Panglima Divisyen Ketiga Infantri yang baru.


- Published in Arkib Berita, Berita