22 Ogos 2024
17 Safar 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Bacaan Yasin dan Doa Kesyukuran Peringkat Negeri Melaka yang diadakan di Masjid Selat Melaka.
Turut hadir YB. Datuk Rahmad Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri; YB. Datuk Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri; YB. Datuk Salhah Salleh, Pegawai Kewangan Negeri; Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri dan YBhg. Datuk Badaruddin Mohd Kassim, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
Majlis yang diadakan bersempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran TYT Tun Seri Setia yang ke-75 tahun; Hari Pahlawan serta Hari Kemerdekaan Negara ini dimulai dengan bacaan Yasin dan Doa Kesyukuran kemudian diteruskan dengan Solat Maghrib berjemaah yang dipimpin oleh Imam 1 Masjid Selat, Ustaz Mohd Fedzuwan Mohamed. Majlis diakhiri dengan Solat Isyak.