27 Disember 2024
25 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menzahirkan rasa dukacita yang mendalam di atas pemergian dua (2) penuntut UTeM yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 187.6 Lebuh Raya Utara Selatan, pada pagi 26 Disember 2024 lalu.
TYT Tun Seri Setia mengucapkan takziah kepada kedua-dua keluarga Allahyarhamah dan mendoakan semoga roh Allahyarhamah Nurul Syafiqah Nasruddin dan Allahyarhamah Nurhanis Afryna Azizan yang telah kembali ke Rahmatullah dirahmati Allah SWT serta ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
TYT Tun Seri Setia turut mendoakan agar Cik Nur Hanis Suraya Supiyan dan Cik Azwalidiya Azman yang turut cedera dalam kemalangan yang sama agar segera sembuh seperti sediakala.
Kepada semua ahli keluarga yang terlibat, TYT Tun Seri Setia berharap agar bersabar dalam menghadapi saat duka ini.