
4 Februari 2025
5 Syaaban 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada TYT Mr. Kongratbay Sharipov, Menteri Pendidikan Tinggi, Sains dan Inovasi Republik Uzbekistan di Kuala Lumpur.
TYT Menteri hadir bersama delegasi Prof. Bakhtiyor Makhkamov, Rektor Universiti Teknologi Maklumat Tashkent; Dr. S.Siddikova, Rektor Institut Teknologi Kejuruteraan Bukhara; Prof. Adham Khudoykulov, Pengarah Pejabat Projek Sektor Pendidikan di bawah Pentadbiran Presiden Uzbekistan dan Rasulbek Otakhanov, Ketua Protokol Kementerian Pendidikan Tinggi, Sains dan Inovasi.
Turut hadir Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka; YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr Massila Kamalruddin, Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan YBhg. Prof Datuk Sr. Dr. Mohaizi Mohamad, Presiden dan Pengasas Geomatika Group of Companies.


