YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman selaku Pengerusi Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Negeri Melaka (WI) telah hadir sebagai Tetamu Kehormat di Program “Wanita Anggun Sihat Bergaya : Ketrampilan dan Penjagaan Kesihatan”.
Program anjuran Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Negeri Melaka (WI) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Kalsom Nordin, EXCO Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Negeri Melaka, di Swiss Garden Hotel, Melaka.
Objektif Program adalah untuk memberikan kefahaman dan kesedaran kepada kaum wanita berhubung kepentingan menjaga ketrampilan diri, meningkatkan keyakinan kendiri serta penjagaan kesihatan dalam kehidupan seharian agar golongan wanita lebih berdaya saing dalam persekitan yang mencabar dewasa kini.