TYT Tun Seri Setia (Dr.) Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka bersama delegasi hadir ke Majlis Makan Malam di Rumah Malaysia, Kedutaan Malaysia di Kemboja, Phnom Penh yang dianjurkan oleh TYT Eldeen Husaini Mohd Hashim, Duta Besar Malaysia ke Kemboja.
Turun hadir bersama adalah YB Datuk Okhna Othsman Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.