TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Cerapan Rasmi Hilal Syawal 1443H/2022M Peringkat Negeri Melaka di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka.
Turut hadir YB. Datuk Wira Ibrahim bin Durum (Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka), YB. Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (EXCO Kanan Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Melaka) dan Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil (Mufti Kerajaan Negeri Melaka) serta ketua-ketua jabatan Negeri Melaka.