18 Februari 2023
27 Rejab 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Abu Hubayb Learning Center (AHLC) di Sungai Putat, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut oleh YB. Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Ahli Dewan Negara dan Ustaz Haji Mohd Najib Khasim, Pengerusi Abu Hubayb Learning Center (AHLC).
AHLC diasaskan bertujuan untuk menjadi “Pusat Pengajian Sepanjang Hayat” untuk semua peringkat umur tanpa mengira latar belakang pendidikan. Matlamat utamanya adalah ingin menjadikan penubuhan AHLC ini sebagai wadah penyebaran ilmu duniawi dan ukhrawi melalui kelas-kelas pengajian yang diadakan seta aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan.