21 Julai 2023
3 Muharram 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengiringi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Perasmian Kejohanan Karate Asia Ke-19 dan Kejohanan Karate Para Asia Ke-2 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Melaka.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda pada jam 4.30 petang diiringi Yang di-Pertua Negeri Melaka Tuan Yang Terutama Tun Mohd Ali Mohd Rustam dan YB. Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan
Hadir sama YB. Datuk Rais Yasin, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana mewakili YAB Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB. Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya; YB. Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama; YB. Tuan VP Shanmugam, EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO); YB. Adam Adli bin Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan; YB-YB ADUN serta Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.
Turut hadir Mr. Antonio Espinos, Presiden World Karate Federation (WKF), Mejar Jeneral Nasser Al-Razzoqi, Presiden Asian Karate Federation (AKF) dan YBhg. Datuk Wira Nur Azmi Ahmad, Presiden Malaysia Karate Federation (MAKAF).
Pada majlis tersebut, Seri Paduka Baginda menzahirkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada Kerajaan Negeri Melaka dan MAKAF sebagai penganjur kerana berjaya melibatkan 32 negara serta seramai 388 atlet.
Seri Paduka Baginda turut berkenan menyaksikan perlawanan akhir Acara Kata Wanita antara Jepun dan Hong Kong.