1 November 2023
16 Rabiulakhir 1445H
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli berkenan berangkat ke Majlis Santapan Tengahari di Istana Melaka sempena menghadiri Festival Warisan dan Pelancongan Melaka-Pahang 2023.
Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku disambut oleh TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman; YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB Datuk Wira Ibrahim bin Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri; YB Datuk Wira Zaidi Bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri; dan barisan EXCO Kerajaan Negeri, YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran,Perubahan Iklim dan PenguruSan Bencana Negeri Melaka; YB. Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya; YB Dr. Muhamad Akmal Saleh, Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri; YB. Datuk Hjh Kalsom bin Noordin, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti dan YB. Tuan Fairul Nizam bin Roslan, EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital.
Turut hadir sama YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang serta Barisan EXCO Negeri Pahang.
Usai Majlis Santapan Tengahari, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku berkenan menaiki River Cruise menyelusuri sungai Melaka.