
22 Disember 2023
9 Jamaldilakhir 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah Buku Negara 2023 (ABN 2023) di Kuala Lumpur.
Hadir sama YB. Hannah Yeoh Tseow Suan, Menteri Belia dan Sukan; YBhg. Tan Sri Prof. Datuk Dr. Abdul Latif Abu Bakar, Pengerusi Lembaga Pengelola Yayasan Pembangunan Buku Negara; Mr. Alexander Zimin, Deputy Head of Mission Embassy of Russia; YBhg. Prof. Dato’ Dr. Md Amin bin Md Taff, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan YBhg. (Dr.) Hasan Hamzah, Presiden Yayasan Pembangunan Buku Negara.
Turut berlangsung Majlis Pelancaran Kelab Penulis Sahabat Yayasan Pembangunan Buku Negara yang telah disempurnakan oleh TYT Tun Seri Setia.
Sebanyak tiga ketagori anugerah yang dipertandingkan antaranya Kategori Anugerah Perdana, Kategori Anugerah Pengajian Tinggi dan Kategori Anugerah Industri Buku yang melibatkan 51 penerima anugerah yang telah berjaya dalam kategori masing-masing.
Tahniah kepada Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang telah memenangi Anugerah Buku Teknologi Terbaik bagi Kategori Pengajian Tinggi dengan buku yang berjudul “Meneraju Data Raya: Polisi, Sains Data dan Analitis”.