2 April 2024
22 Ramadan 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi di Istana Melaka.
Turut hadir YBrs. Encik Mohamad Azhan bin Md. Amir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan Dan Pembangunan); YBrs. Prof. Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi; YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohammad Shatar bin Sabran, Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Massila binti Kamalrudin, Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).