19 April 2024
10 Syawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran YB Datuk Abdul Aziz bin Engan, Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka & YB Datuk Salhah binti Salleh, Pegawai Kewangan Negeri Melaka di Ayer Keroh, Melaka.
Majlis ini dimulakan dengan bacaan tahlil ringkas khusus untuk Allahyarham Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka yang telah kembali ke rahmatullah.
TYT Tun Seri Setia kemudiannya menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Wira Abdul Razak bin Abdul Rahman, EXCO Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya merangkap ADUN Telok Mas serta Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Fairul Nizam bin Roslan, EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital merangkap ADUN Asahan.